Selasa, 08 November 2011

CERPEN

 CINTA YANG HAKKI


"Aira?" Seorang gadis menegur dari belakang. Umairah berpaling melihat gerangan suara yang menegurnya.

"Ya, saya." Umairah mengerut dahi. Cuba mengecam wajah gadis cantik di hadapannya. Umairah memerah otaknya. Mengimbas pantas wajah gadis di hadapannya.

"Aira? Girlfriend Adib, Aira kan?" Gadis itu bertanya lagi. Juga ingin memastikan gadis di hadapannya itu adalah seseorang yang dikenalinya.

"Ini Esya ke?" Soalan berjawab soalan di antara mereka.

"Oh My God! It is you!" Esya hampir menjerit. Memang dia tidak salah orang, walaupun penampilan Umairah kali jauh beza dengan penampilan kali terakhir dia menemui Umairah. Dari raub wajah yang dia kenali dan pernah dia gemari, dia tidak teragak-agak untuk menegur gadis yang sedang beratur menunggu giliran untuk menggunakan mesin ATM.

" You apa khabar?" Esha kembali berteka soal.

"Alhamdulillah… Awak?" Umairah bertanya kembali. Sebenarnya dia tidak selesa dan kekok bila Esya tiba-tiba muncul di situ. Esya. Rakan Adib yang dikenalinya tidak lama dulu, semasa dia dan Adib masih…

"Great, I’m great! Eh, Adib apa khabar ye?" Esya mematikan lamunan Umairah. Umairah menjawab dengan senyuman dan menggelengkan kepalanya.

"You mean, you guys are not together anymore? How come?"

Umairah hanya tersenyum manis.

"Itu yang terbaik buat kami" ada kesal kedengaran di hujung kata-kata Umairah.

Esya menarik lamunan panjang Umairah ke lantai sebelum Umairah lebih jauh melayang.

"wah… makin cantik sekarang. Bertambah ayu bila bertudung."

Umairah tersenyum tersipu malu. Esya mengimbas masa lalu, penampilan Aira yang seksi dan moden sering menjadi tarikan, menjadi kegilaan ramai rakan-rakan lain. Kini penampilan Aira yang dikenalinya dulu jauh berbeza.

Umairah memandu laju menuju rumahnya. Perasaannya terganggu sejak menemui Esya tadi. Sudah lama Adib mati dalam fikirannya. Kehadiran Esya menghidupkan kembali ingatannya pada Adib dan apabila memikirkan Adib, Umairah menjadi tidak tentu arah. Rasa rindu pula kini datang bertamu. Dia tidak mahu rasa begitu. Rasa itu tidak patut wujud. Adib adalah satu kesalahan yang tak harus berlaku dalam hidupnya.

Malam itu Umairah resah. Sejah petang tadi apabila nama Adib terpancul dari mulut Esya, satu persoalan bermain dalam fikirannya. Apa khabarkah Adib?

"Kalau satu hari you tiba-tiba rindukan I, dan rasa nak cari I, telefon lah. I tak kan tukar nombor telefon."

Terngiang-ngiang suara Adib di kotak lamunannya.Umairah memegang telefon bimbitnya. Dia tahu dia masih ingat nombor telefon Adib. Hatinya mahu namun akalnya melarang. Bertahun-tahun Umairah bangkit dari rasa kecewa dan patah hati . menangis dan termenung dalam masa dia ingin melupakan Adib hingga dia berjaya menyingkir Adib dari hatinya. Namun hari ini rindu itu datang menyerang. Haruskah dia melawan? Atau mengalah?

"Astaghafirullah al-a’zim…" Umaira lekas-lekas berikhtifar.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama ‘Abang’. Tanpa ragu-ragu Umairah menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum," terdengar suara seorang lelaki di hujung talian.

"Waalaikum Salam. Abang tak tidur lagi?"

"Mana boleh abang tidur tanpa ucapan selamat malam dari sayang abang ni…" Asyraf bersuara manja. Rindunya dia pada tunangnya itu.

"Selamat malam abang…"

"Eh, macam halau je. Abang belum nak tidur lagi lah." Asyraf berseloroh. Umairah berkekek ketawa. Bergetar jiwa lelaki Asyraf dengan tawa wanita itu.

"Abang nak tanya, sayang jadi tak nak pergi jualan tu esok?" Suaranya ditenangkan.

"Itulah… Umairah ajak Dila teman itupun dia kata dia tak boleh berjanji sebab takut dia ada kerja esok. Kalau Dila tak dapat teman, Umairah tak mahulah persi sorang-sorang." Bunyi rajuk di hujung kata-kata.

"Tak apalah sayang. Tak perlu ajak Dila, tak perlu pergi seorang. Abang dah tangguhkan mesyuarat esok,so esok abang ada satu hari untuk temani sayang."

"Betul ni?" Umairah tersenyum lebar bila Asyraf berkata hal itu.

"Betul lah…" Asyraf sengaja menangguh mensyuarat di pejabatnya kerana ingin temankan tunangnya esok. Umairah masih tersenyum. Rasa bertuahnya badan, Asyraf seorang lelaki yang sangat penyayang dan tidak pernah mengecewakan dirinya dengan sengaja.

"So, esok abang akan datang jemput sayang di rumah selepas sarapan ye?" Asyraf bersuara mematikan sunyi.

"Eh, abang datang sarapan kat sini lah esok ye? Umairah masak."

"Apa saja untukmu sayang."

"Ok…Jumpa esok, Assalamualaikum."

"Waalaikum salam."

Pagi tadi selepas bersarapan di rumah keluarga Umairah, Asyraf meminta izin ibu Umairah untuk membawa Umairah bersamanya. Rancangan mereka hari ini, untuk pergi ke Mid Valley, ada jualan murah barangan persandingan. Umairah yang mencadangkan untuk melihat-lihat di situ. Boleh berjimat katanya.

Setahun sekali jualan seperti itu diadakan,ramailah pasangan yang mengambil peluang membeli keperluan hari persandingan mereka ada juga hanya mencuci mata dengan gelagat-gelagat bakal pengantin. Umairah juga tidak melepaskan peluang membeli keperluan hari istimewanya. Banyak barang yang disenaraikan. Asyraf menurut dan melayan sahaja kehendak tunangnya.

Di celahan orang ramai, Esya memerhati dari jauh. Hatinya berdebar melihat kemesraan pasangan di gerai bunga. Umairah dan Asyraf sedang melihat-lihat bunga hiasan sambil diintai oleh Esya yang berdiri di sudut gerai tersebut. Hatinya teragak-agak untuk menegur Umairah. Akhirnya dia mengalah dengan ragu-ragunya dan melangkah mendekati Umairah.

"Hai Aira," Esya menegur. Matanya mencuri pandang kepada Asyraf yang sedang berdiri di sebelah Umairah.

"Hai." Sepatah sahaja balasan sapaan Umairah.

"Tak nak kenalkan pada I ke siapa handsome man dengan you ni?" Esya berbunyi berseloroh.

Umairah memandang Asyraf. Asyraf senyum dan mengangkat bahu serentak mengangkat kening. Mungkin mengajukan soalan yang sama kepada Umaira.

"Owh, maaf. Esya, kenalkan ini Asyraf Mukmin, tunang saya. Abang, ini Esya, kawan Umairah." Esya dan Asyraf bersalaman. Masa terasa perlahan buat Umairah.
* * *

"So, He is the reason why you leave Adib?" Esya mengutar soalan. Kali ini mereka berdua sahaja. Asyraf meminta diri untuk ke tandas. Memberi ruang kepada dua gadis itu berbual selesa.

Umairah masih tidak menjawab. Dia tak terkejut bila soalan itu yang Esya suapkan malah dia sudah bersedia dengan soalan itu. Esya sendiri terkejut bila Asyraf dikenalkan sebagai tunangan Umairah. Memberi dia tanggapan bahawa kerana Asyraf lah Umairah berubah hati. Sedangkan dulu Umairah begitu mencintai Adib.

"So, bila you all nak kahwin?"

"Dua minggu lagi, 7 mac." Umairah tak suka disoal dengan nada begitu oleh esya. Seolah-olah dia adalah seorang pesalah yang harus dihukum!

"Adib tahu?" Esya bertanya lagi."

"Adib kenal Asyraf."

"I mean, about the wedding!" Esya menjadi tegas. Marahnya dia pada Umairah.

"Esya, terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik buat Adib dan juga saya, tapi kami tahu inilah yang terbaik buat kami. Kami pernah membincangkan hal ini suatu ketika dulu. Dan inilah yang terbaik buat Umairah, dan buat Adib.

Esya terdiam. Dia juga tahu hakikat itu. Tak salah Umairah berkahwin. Itu haknya. Hak hakikinya. Namun kasihan pada Adib menjadikannya tidak puas hati.

"So, Adib tak tahulah yang you akan jadi isteri orang ni?" Esya bertanya lagi untuk kepuasan hatinya.

Umairah mengangkat bahu, sejak dua tahun yang lalu, dia tak tahu lansung apa khabarnya Adib. Mungkinkah dia sihat? Mungkinkah tidak? Mungkinkah dia masih merana atau bahagiakah dia dengan insan baru?

"Esya…" Umairah menarik nafas panjang untuk memulakan kata-kata. Esya hanya menunggu.

"Perasaan mencintai Adib dan dicintai dia adalah perasaan terindah. Hingga saya menjadi leka dan alpa tentang lumrah hukum dunia. Saya pasti awak pun tahu apa hukumnya saya bersama Adib, mencintai kaum sejenis. Alhamdulillah, Allah S.W.T. masih menyayangi saya. Dia hantarkan Asyraf untuk menyelamatkan saya dari terus hanyut dalam kesesatan." Hati Umaira menjadi sebak tatkala mengucapkan kata-kata yang datang dari hatinya.

Esya menunduk, dia tahu hakikat itu, namun seperti hamba Allah yang ramai juga antaranya leka, Esya juga salah seorang darinya, yang membutakan mata dan hati untuk menerima hakikat yang telah ditetapkan.

"I’m Sorry… I bukan marah, cuma terkejut dan kasihan pada Adib, dia terlalu sayangkan you."

Di hujung perbualan, Umaira menghulurkan dua keping kad undangan perkahwinannya kepada Esya. Satu untuk Esya, dan satu lagi untuk Adib. Namun dia tidak terlalau berharap yang Adib akan memunculkan diri. Kehadiran Adib dibimbangi akan menyentuh hati silamnya.

Sudahlah, semalam bukan hari ini lagi. Semalam satu kesalahan apabila dia khayal mencintai Adibah Rasyida. Perkenalan melalui rakan-rakan membuahkan satu perasaan indah yang membutakan mata dan fikiran. Penampilan Adibah yang menyerupai lelaki atau zaman sekarang orang gelarkan ‘pengkid’ menjadi satu budaya remaja zaman kini. Dan Umairah terjebak dalam lumpur itu. Adib berjaya membuat dia jatuh hati. Godaan syaitan laknatullah pula membantu mereka terus terjerumus dalam cinta yang tak ada pasti.

Hari demi hari dilalui oleh Adib dan Aira menjadi ibarat syurga buat mereka. Beberapa kali Umaira cuba melepaskan diri dari Adib kerana rasa serbasalah pada diri, namun rayuan Adib membuatkan hati gadisnya menjadi kasihan. Dan bila semakin kasih, semakin diturut segala permintaan hati.

Hubungan mereka semakin jauh apabila Adib mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah berdekatan kampus Umairah dan tinggal bersama-sama teman wanitanya itu. Kehidupan mereka tak ubah seperti sepasang suami isteri. Mereka semakin jauh dengan jalan hakiki.

Adib bekerja membanting tulang untuk membeli sebuah kereta, supaya dia dapat menghantar Umairah ke kelas setiap hari. Pengorbanan manis itu mengikat Umairah dengan hubungan terlarang mereka. Ibu bapa Umairah tidak tahu status anak gadisnya tu walaupun seringkali Adib bermalam malah sebilik sekatil di rumah orang tua Umairah.

"Adib bestfriend Aira," itulah yang disematkan di fikiran orang tuanya.
Berciuman, bersentuhan, berpelukan malah bersetubuh bukan lagi aktiviti asing bagi mereka. Bagi Adib Umairah lah isterinya begitu pula sebaliknya. Malah mereka berangan-angan untuk mengambil anak angkat bagi melengkapi ‘rumahtangga’ mereka.

Suatu hari Umairah pulang ke rumah sewa mereka dengan mengajukan sepucuk surat kepada Adib. Surat perlantikan jawatankuasa persatuan remaja islam di kampus. Pada mulanya Adib melarang umairah untuk pergi namun bila Umairah merajuk, Adib turutkan kehendak buah hatinya. Umairah gembira untuk pergi mengikuti program perlantikan yang terletak di P.D itu.

Sejak Umairah pulang dari P.D, Adib sering merasakan Umairah berubah. Hal ini sudah dapat dijangka. Curiga hati Adib memaksa dirinya memeriksa telefon bimbit Umairah. Ternyata dalam peti simpanan sms Umairah tertera nama Abang Asyraf hampir kesemuanya. Bila Adib bertanya terus pada Umairah, dijawabnya jujur.

"Abang Asyraf tu abang angkat I masa kat P.D hari tu."

Sedari perkenalan dengan abang angkatnya, Umairah sering mengenepikan Adib dalam beberapa perkara. Abang Asyraf yang menjemput dan menghantarnya, Abang Asyraf membelikan makan malam, hujung minggu mengulangkaji bersama abang Asyraf. Adib diamkan saja walaupun hatinya pedih.

Satu hari Umairah menyatakan hasratnya untuk berpindah semula ke rumah orang tuanya dengan alasan "tak elok kita tinggal serumah walaupun kita dua2 perempuan." Dan turut dikatakan " jiran-jiran dah syak hubungan kita." Adib menangis kerana dia tahu dia akan kehilangan Umairah. Namun tangisnya disorokkan. Seolah-olah dia kebal dengan kelukaan.

Umairah tahu Adib kecil hati dengannya namun dikeraskan hatinya. Kursus di P.D. beberapa minggu lalu membuka pintu hatinya untuk mendekati jalan Allah. Dan perlahan-lahan dia ingin lari dari kesesatan yang memakan dirinya.

Umairah menangis ketika menghantar sms pada Adib, minta hubungan mereka diputuskan. Hatinya masih kasih pada Adib namun dia memikirkan yang terbaik buat diri mereka.

"Sampai hati you buat I macam ni…"
Adib bersuara lesu dalam esakan. Dia meninggalkan pesanan suara buat Umairah, meminta simpati kerana terlalu sakit kehilangan cinta yang terlalu dijaga.

"I minta maaf, I buat ni untuk kebaikan kita, I nak kembali ke lumrah dunia. I harap you juga akan jumpa pintu kebenaran you."
Sejak pesanan terakhir itu, Umairah tak pernah dengar lagi khabar dari Adib.

Hari ini 7 Mac 2009, hari istimewa buat Nurul Umairah. Hari dia akan diijabkabulkan menjadi hak sah buat Asyraf Mukmin, lelaki yang membuatkan dia terasa terlindung dan diperlukan. Selesai dijabkabulkan, Umairah menitiskan air mata kegembiraan. Tak disangka perkenalan di P.D. dua tahun lalu membawa kepada gerbang perkahwinan.

Semasa disandingkan di atas pelamin, Umairah mengimbas wajah-wajah tetamu yang hadir. Mengharap ada wajah yang dia ingin lihat. Namun separuh lagi hatinya tidak mahu Adib hadir. Tiba-tiba dia nampak wajah yang dikenalinya. Lantas dia tersenyum. Hatinya sayu dan sebak dalam rindu.

Umairah melambai tangan kepada Esya dan gadis berbaju kurung biru di sebelah Esya. Esya mengisyaratkan pada Umairah bahawa gadis disebelahnya adalah Adib, Adibah Rasyida. Umairah mengangguk dan melemparkan senyuman. Hatinya lega melihat perubahan fizikal Adib.

"Ya Allah… hanya Engkau yang tahu perjalanan hidup hambamu sampai hujungnya. Berikanlah rahmat yang terbaik buat Adib Ya Allah…" Dalam diam hatinya berdoa.

Malam itu di kamar pengantin…

"Abang…Abang nampak tak siapa yang datang tadi?" Umairah berbicara memecah sunyi kamar yang dihiasi semarak cinta dua sejoli itu.

"Nampak, ramai…" Asyraf berseloroh. Umairah mencubit paha suaminya. Asyraf ketawa dan merangkul pinggang isterinya dari belakang.

"Abang tahulah… Adib kan maksud sayang?"

"Bukan Adib lah, Adibah Rasyida. Cantik kan dia?"

"Cantik, tapi isteri abang lagi cantik."

Umairah tersenyum. Dia berdiri berhadapan Asyraf kini.

"Abang… Umairah nak ucap terima kasih sebab mencintai Umairah… Umairah bersyukur dapat jumpa abang. Kehadiran Umairah dalam kursus dua tahun lalu untuk mendekati Allah, rupanya turut mendekatkan Umairah pada cinta hakiki. Terima kasih abang…" Umairah memeluk suaminya. Sebak.

"Sayang… terima kasih juga kerana mencintai abang. Sekarang abang tahu kenapa kita dijodohkan. Supaya Umairah sentiasa dilindungi, abang akan lindungi Umairah sehabis nyawa abang. Sentiasalah cintakan abang dan setia di sisi abang ye sayang…"

"Always…Umairah sayang abang… dan…Umairah doakan supaya Adibah juga temui cinta hakikinya…"

"InsyaAllah sayang, Allah itu maha adil."

Kedua mereka tenggelam dalam bahtera cinta. Umairah mula melangkah dalam cinta hakikinya… semalam adalah orak langkah yang tergelincir, kini Asyraf akan memimpinnya ke jalan yang lebih terang…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar